Hidroponik  

Posted by ezmie

Pagi tadi sedang sedap-sedap baca Utusan Online, terjumpalah satu berita tentang penanaman secara hidroponik.Aku ni yang memang semulajadi minat bidang ni terus call Kazzponik untuk beli set hidroponik dan seterusnya jadilah pengedar. Melayang jugakla RM500. Takpelah.Minat punya pasal.

Sumber berita 13 Ogos 2009, Utusan Online.

Sambil tanam bela ikan


Nur Afiqah Ahmad menunjukkan salah satu tanaman hidroponik yang terdapat di gerai Kazzponic di Pusat Dagangan Antarabangsa (MITC), Ayer Keroh, baru-baru ini. -UTUSAN/ NAS NORZIELA NASBAH


MELAKA 12 Ogos - Pelbagai cara digunakan untuk menghasilkan sayuran segar sama ada secara tradisional atau tanaman hidroponik.

Bagaimanapun, cara penanaman hidroponik adalah yang paling mudah dijalankan kerana ia tidak memerlukan sistem tanaman yang rumit dan tanah.

Namun, antara sedar atau tidak, tanaman hidroponik yang dahulunya popular sejak 11 tahun lalu itu kini telah dilupakan begitu sahaja dan kurang mendapat sambutan.

Menyedari tanaman tanpa tanah yang kurang mendapat sambutan itu, syarikat pembekal utama bagi produk hidroponik, Kazzponic Sdn. Bhd. telah bergiat aktif dalam usaha menarik kembali minat rakyat untuk menanam tanaman segar secara hidroponik, tetapi telah diubahsuai secara unik.

Ia dilakukan dalam takungan yang terdapat ikan yang boleh dibela dengan menggunakan air baja yang selamat kepada manusia.

Pegawai Pemasaran syarikat itu, Nur Afiqah Ahmad, 18, berkata, cara itu merupakan sesuatu yang baru dan bertujuan untuk mengelakkan jentik-jentik hidup di dalam air baja.

''Ikan yang dibela dapat membantu menghapuskan jentik-jentik dan ini sekali gus dapat mengelakkan kita daripada dijangkiti denggi.

''Selain itu, hasil tanaman juga bertambah segar dengan adanya bantuan hidupan akuakultur di dalam takungan air yang menggunakan baja yang baik", katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Beliau juga turut mengulas mengenai kebaikan yang diperoleh melalui tanaman hidroponik itu.

Katanya lagi, berbanding tanaman menggunakan tanah, kaedah hidroponik 300 peratus lebih cepat dan mesra pengguna.

Jelas beliau, tanaman menggunakan kaedah hidroponik itu boleh dikendalikan oleh sesiapa sahaja kerana ia tidak perlu menggunakan cangkul.

Beliau juga memberitahu, kaedah hidroponik bukan sahaja sesuai untuk semua jenis sayur-sayuran dan herba, malah juga pokok buah seperti pisang, tembikai dan lobak.

"Tanaman sayuran seperti kangkung cuma mengambil masa tiga minggu sebelum boleh dimakan berbanding ditanam di tanah yang mengambil masa lebih sebulan,'' katanya.

Katanya lagi, ikan yang dibela juga dapat bertahan lama malah ia boleh dijadikan sebagai hiasan.

Selain itu, menurutnya, air baja yang disembur dua hari sekali itu akan memastikan tumbuhan akan lebih segar dan ikan tidak mati.

Kryptonworks  

Posted by ezmie

Pernahkah anda mendengar krypton? Ini bukannya batu krypton yang digunakan untuk melemahkan Superman tetapi ia adalah Kryptonworks.

Mungkinkah anda sedang mencari satu program yang murah/mudah serta confirm dapat member keuntungan/pendapatan tambahan tetap dan berterusan walaupun tanpa menaja atau tanpa mencari downline/tanpa berjumpa sesiapa ?Kalau ya,sila lawati web dibawah dan buatlah pendaftaran keranapendaftaran adalah percuma

http://www.abc2u.net/mohd_omar

Pendidikan Khas  

Posted by ezmie

Untuk makluman, saya telah alihkan coretan perjalanan Kelas Pendidikan Khas ke http://pkskduriantawar.blogspot.com
bagi memudahkan rakan-rakan.

Bercuti Di Melaka  

Posted by ezmie

Waduh waduh waduh...dah lama tak sentuh blog ni.dah bersawang byk yer....
Kali ni nak post kan gambar2 masa gi melawat Melaka.Sesaje berjalan2 release tension di samping bawak family jalan2.

Depan kapal terbang lama

Di kolam Kemunting Beach Resort

Taman Buaya Melaka

Ada buaya beso kat belakang

Nak pergi memancing buaya.wakaka

Selamat Hari Guru  

Posted by ezmie

Selamat Hari Guru 2009


Terima kasih cikgu Salleh (ex-GB SK Binjai - kerana bagi kerjasama masa saya jadi cikgu ganti 2005))
Terima kasih cikgu Kamariah (SK Binjai - guru kelas masa sek rendah dulu,sampai sekarang masih di sek yang sama)
Terima kasih teacher Lee Nin Thui (SK Binjai - dulu ajar BI, sekarang dah bersara)
Terima kasih cikgu Ramlee ( SK Ngee Heng - guru pembimbing masa praktikal)
Terima kasih cikgu Rozi (SK Ngee Heng - pasal belanja makan udang galah dekat Rompin tahun lepas)
Terima kasih cikgu Norbaya (SK Ngee Heng - pasal selalu gurau-gurau)
Terima kasih cikgu Yusof, cikgu Zaini dan semua cikgu-cikgu termasuk diri sendiri (SK Durian Tawar)

Bengkel Penghasilan PowerPoint Berkesan Dalam PnP (Part II)  

Posted by ezmie

Al-kisahnya pada pagi tadi , 16 Mei kita telah menyambut hari Guru.Jadi selamat Hari Guru kepada semua guru-guru dan bakal-bakal guru serta bekas-bekas guru.Jasamu sentiasa dikenang. Hari ni juga ada bengkel LADAP di mana penceramah jemputan ialah aku sendiri. Untuk bengkel kali ni adalah kesinambungan daripada bengkel terdahulu iaitu berkaitan dengan Powerpoint. Kali ni ada 2 teknik lagi diperkenalkan iaitu "Menu Bergerak" dan penggunaan VB skrip.


Mcm biasa penceramah berada dalam keadaan relaks di depan peserta

Bersama dengan Ustaz merangkap pembantu penceramah


Siti tengah posing

Untuk keberkesanan, penceramah kenalah rajin berjalan-jalan memantau peserta
(ada jugak yang tengah cek ceramicclub...hampess..sempat lagi bisnes)

Menerangkan sesuatu kepada cikgu Sarimah (guru pemulihan)


Untuk bengkel kali ni, ramai peserta tidak dapat hadir disebabkan ada hal lain.Tak apa la.Takde rezeki mereka untuk mendapatkan ilmu ni tapi InsyaAllah mungkin tahun depan ada lagi dengan banyak lagi teknik HEBAT.

Moga berjumpa lagi di kursus akan datang.....



Bengkel Pengurusan Pusat Sumber  

Posted by ezmie

Tersebutlah al-kisah...sang kancil mengadap sultan firaun...huhu...terikut-ikut pulak ngan skrip citer P.Ramlee...haha....

Al-kisahnya pada 11 Mei lepas,telah diadakan satu bengkel pengurusan pusat sumber yang telah dikendalikan oleh cikgu Jamilah, guru yang bertanggungjawab menguruskan pusat sumber.Untuk bengkel kali ni, aku jadi peserta je la.Takkan setiap masa nak jadi fasi.Tu giler kuasa namanya.haha.Jadi dalam bengkel ni,peserta didedahkan bagaimana nak menguruskan pusat sumber,terutamanya cara-cara menampal sampul untuk kad meminjam.Ada ukuran tersendiri.Susah gak tapi tak sampai 5 minit dah terer menampal.haha.

Para peserta tekun menampal sampul kad

Ni Kak Timah ngan Teh..pasangan ideal

Ni En.Hizzir..penceramah jemputan.Terima kasih ye..

Ni pulak Azie..tengah buat apa tu yerr..
(oh Azizah......gadis ayu..indah ..sambungla sendiri lagu tu)

Waktu Sekarang Ialah

Followers